Thursday, January 9, 2014

Asam Pedas Ayam Melaka

Hari ni bersama dengan akk gorgy lg.. amboih bragan, ok darla nak kongsi resip asam pedass melaka yg haoo liaoooo cube jgn x cube okeh..

bahan bahan


  1. 1kg @ 1/2 kg ayam di potong sederhana kecil
  2. 12 biji bendi di potong 2
  3. 2 incibelacan di ketuk hancur
  4. 2 btg serai diketuk
  5. 1 biji tomato di belah 4
  6. 2 inci halia dihiris 4 
  7. 1 mangkuk daun kesum
  8. 4 sudu Minyak masak
  9. Garam
  10. 1 mangkuk air asam jawa
  11. 1/2 mangkuk cili kering yg telah dikisar bersama bawang besar+bwg putih.

Memula Masukkan sedikit minyak didalam kuali biar panas seketika, Tumis 
halia+belacan yg dihancurkan dan masukkan 2 bahagian tomato yg disediakan td.


Kemudian masukkan cili kisar dan serai yg telah diketuk.Biar sehingga naik bau dan campuran cili tadi betukar warna merah tua..pelahankan api.

Selepas 5 minit cili td dah pekat, kemudian masukkan ayam gaul mesra dan masukkan pula daun kesum+sedikit air kosong+bendi. Biar beberapa minit.

Anda akn dapati cili mula kering dan melekat pd ayam..aroma pun makin memikat likat... hahaha okeh kemudian masukkan air asam jawa tadi. tutup sebentar kuali dan kemudian renihkan 10 minit.

Selepas 10-15 min masukkan garam secukup rasa, 

Assam Pedas Melaka sedia diihidang!! SELAMAT MENCUBA U OLLSS!!

No comments:

Post a Comment